Monday, May 2, 2011

Eh, Orang Buta Tu Boleh Mengelak ??



Sapa pernah tengok mana-mana orang buta mengelak sesuatu seperti lubang kat jalan tanpa menggunakan tongkat dia, maknanya tongkat dia tu memang tak sentuh tanah pun..?? Kalau ada macam tu, mungkin dia menipu atau dia dah biasa dengan jalan tu, tak guna tongkat pun dah boleh tau jalan mana..hehe

Haa..semalam aku pergi minum-minum dengan member setelah penat study, masa kat kedai datang la dua orang jual tisu, sorang buta, sorang lagi tukang pimpin, siapa yang tinggal area-area shah alam dan kl ni memang jemu la tengok kan. Member aku tu, sebelum ni dia bagi la jugak RM1 kalau orang tu datang, kesian katanya, tapi sejak dua bulan lepas dia dah tawar hati nak bagi, gara-gara dua kes...

Pertama, dua bulan lepas, di kedai yang sama dan waktu yang sama, aku nak parking motor aku kat depan kedai tu, tiba-tiba orang buta yg jual tisu lalu kat depan motor aku, kalau ikut ruang depan motor aku tu, memang tak muat, kena langkah atau lalu sebelah kaki dulu..macam gambar bawah ni


Aku baru nak undur sebab aku takut dia terlanggar tayar motor aku, kang terjatuh pulak, yang tukang pimpin dia dh lepas ke depan dah tinggal orang buta tu kat belakang, belum sempat aku undur, dia dengan selamba ja lalu kanan kanan dulu, pastu kaki kiri, tak kena pun tayar motor aku, tongkat pun dia tak guna.. yang member aku dah terlopong mulut tengok.. 'kagum'...aku cakap kt member aku "skrang dah tau kan sebab apa aku kurang percaya kat orang buta yang jual tisu kat sini"...

Yang kedua lagi hebat, kat KL Sentral..tengah tunggu member beli barang kat 7Eleven, nampak la seorang buta, mata dia memang terbuka sikit ja, mmg ada ciri-ciri buta la..tapi aku terkejut bila dia lipat tongkat dia, pastu jalan celah-celah orang ramai, mengelak dari melanggar dan dilanggar orang, sambil tengok kiri dan kanan..pastu tukang pimpin dia, anak dia rasanya, budak perempuan, aku dengar dia cakap "laa, ayah nak pergi mana pulak ni..." sambil ikut belakang orang 'buta' tadi..lagak dia mmg macam orang normal, orang yang boleh melihat dengan jelas..

Sebab dua kes itulah, member aku yang selalu beli tisu RM1 tu, dah malas nak memberi dah, tak tau mana satu betul-betul buta..buat apa nak bagi duit kat kaki penipu kan..Ni antara aku tak suka sikap orang kita, tahu menipu ja sebab duit, usaha yang halal taknak fikir, taknak cuba...

Moral: Jangan la menipu terutama dalam soal mencari rezeki, jadi darah daging kita rezeki yang haram tu kan. Biarlah rezeki tak seberapa, tapi halal.

11 comments:

FizA said...

kes ke-2 tu..
mungkin dia boleh tgk tp xjelas kot.. nk guna tongkat time tu, kan ramai, kang ada org tersepak tongkat dia, xpsl tergolek semua.. hahaha.. xD

shafmechy said...

laju kot dia jalan...haha

Reen Rostarizam said...

haih..apalah nak jadi..byk lagi rezeki halal boleh cari,kudrat masih ada..saja nak ambil kesempatan guna jalan pintas..kang betul betul xnmpk bru menyesal..

Far8 budak baik said...

tu ar pasal..kadang2 ade yg betol2
buta kdg2 tipu..kat kL central lakk tu..aku pun penah nmpk cam tu
tapi sedih ah aku tgk..lumrah ekk huh

Reensyarinie said...

mmg rmi yg menipu skrg ni..tp kalu niat kter nk menderma n sedekah..insyaAllah diterima Allah wpun org tu menipu kter sekalipun..yg penting niat kter sedekah...soal die menipu tu antara die dgn Allah la..janji kter ikhlas dalam sedekah...bdw sy pun ade kes di mana pernah lepak kt seksyen 7 shah alam..org tu buta dan sorang lagi tkg pimpin sama spt kes awk..sy pun bg la sikit then bila dorang kua je kedai tu..sy tgk dorang berlari2..naik van..ermmm sedih betul la zaman skrg ni

Unknown said...

eisshhh..macam-macam betol perangai orang sekarang nih..

haney said...

kdg2 kesian tgk~
tp ade jugak yg menipu.
kdg2 nk tlg pon sebe salah
yelah, kalau kite tlg org yg menipu tu, seolah2 cam kite menggalakkan lagi dia trus menipu~

shafmechy said...

yup..sy setuju semua..hehe

Anonymous said...

Sy pon camtu jugak. Kadang2 rasa was2 jugak dengan org macam ni. Bukan masalah kdekut ke ape, tapi takut kena tipu.

Pja Ismail said...

awak ni baik hati. kalau saya pura-pura buta bukan rm1 awak kasik silap-silap rm10. hehehe.

Anonymous said...

sebenarnya dik orang buta kalau dah biasa dengan sesuatu tempat tu meraka tidak akan menggunakan tongkat sebab mereka boleh menganggar sesuatu jarak dengan menggunakan kiraan ja.. kalau yang menggelak tu tongkat putih tu setiap ketukan pada hujung benda tu menunjukkan mereka sensitif dengan sesuatu. jangan hairanlah dik kalau orang buta boleh menggelak sesuatu tempat. Jangan hairan juga kalau orang buta ni boleh jalan laju macam kita sebab mereka dah biasa lalu tempat, tersebut.adakalanya mereka menggunakan tongkat sebab sebab tongkat tu pengenalan bahawa mereka orang buta. kalau mereka tak guna nak lintas jalan pun susah sebab kereta tak bagi lalu jadi kena lah pakai tongkat supaya kereta bagi laluan.