Wednesday, May 25, 2011

Kita Perlu Hadapi Dan Teruskan Perjalanan

pic: google

Aku nak buat ayat bunga-bunga jap..kalau budak sastera baca mesti dia gelak, sebelum dia gelak jom kita baca dan gelak ramai-ramai kat ayat yang aku nak karang ni...ulasan sebenar selepas ayat-ayat ni ye..

Apabila kita mulakan suatu perjalanan,
Terfikirkah kita akan halangan yang perlu ditempuhi,
Sejauh mana halangan itu menyakitkan kita,
Bersediakah kita menghadapinya,
Ada yang tidak pernah terfikir,
Dipertengahan jalan ada duri yang menyakitkan,
melukakan badan kita,
Kita mula patah semangat,
Mula hilang semangat untuk teruskan perjalanan,
hanya kerana duri-duri kecil yang menghalang,
Mungkin ada yang berpatah kembali,
Tak sanggup hadapi duri-duri lagi,
Takut mungkin ada duri yang lebih menyakitkan,
Tapi teman seperjuangan ku,
Di saat anda mengalah,
Fikirkan la kembali mengapa anda memulakannya,
Mengapa hanya duri kecil itu,
Anda berputus harap dan mengalah,
Apakah anda tidak mahu tahu,
apa yang manis menanti anda di sana,
Ingatlah, anda punya teman,
yang berjalan seiring,
yang sama-sama terasa sakit,
yang sama-sama akan membawa anda,
ke tempat anda ingin tuju.

Cukup la, tak larat gelak dah ni...meh kita buat ulasan sama-sama...Apa yang korang faham yang aku ingin sampaikan? Jangan berhenti sesuatu yang korang dah mulakan..banyak orang yang aku tengok, bila dah mulakan sesuatu, dia berhenti di pertengahan sebab ada halangan kecil saja yang dia tak sanggup hadapi..

Jangan macam tu..buat apa korang mulakan kalau korang nak berhenti pertengahan jalan, umpama korang tak mulakan langsung la..rugi masa dan tenaga..korang tak faham apa aku maksudkan?

Aku fokus lebih dekat, aku bagi contoh bab blogging ni, banyak la aku tengok blogger-blogger berhenti blogging, bukannya berfikir nak berhenti tapi terus tekad nak berhenti hanya kerana ada orang mengata, ada orang mencaci, ada orang macam-macam la kt diorang...diorang berhenti sebab tak sanggup dicaci, tak sanggup mempunyai musuh...selalu terjadi kat blog baru yang cepat naik namanya...ada la manusia berhati busuk yang cemburu kejayaan diorang yang terlalu cepat...mula la nak cari kelemahan orang...lepas tu sebar-sebarkan...

Aku mula aktif blogging ni baru pertengahan April lepas, tak sampai dua bulan lagi..bila aku ambik keputusan nak aktif, mind set aku dah terima yang satu hari nanti, pasti ada yang membenci, kalau bukan kerana kejayaan, mungkin kerana penulisan aku yang menyebabkan mereka terasa, mana tau kan..jadi memang kena bersedia la..

Kita memang tak boleh lari daripada dibenci atau dikutuk ke...korang sendiri faham sikap segelintir manusia yang sering kali mencari silap orang..yang suka jatuhkan orang lain..ada yang kutuk dalam hati ja, yang tu kira ok la...yang sebarkan kutukan tu yang tak ok..suka betul buat dosa berantai...ish..lihatlah sekeliling...kita diam, dicakapnya kita sombong, bila kita peramah, dicakap kita suka bodek atau mencari publisiti..apa kita buat pasti ada ja salah yang orang nampk..

Sesapa sini yang mungkin suatu hari nanti terkena macam kes-kes kat atas ni, korang jangan la berhenti mahupun hilang semangat, teruskanlah, biarkan mereka dengan kutukan mereka, anggap la kutukan tu sebagai kritikan membina untuk korang betulkan kesalahan korang jika korang memang bersalah, kalau tak, pekakkan je telinga, jangan berputus asa..teruskan apa yang korang telah mulakan..korang mempunyai banyak rakan-rakan yang sentiasa menyokong korang..

Setakat tu ja la ulasan aku, tak larat dah nak menaip, mengantuk lepas makan ubat...Macam mana ulasan/pendapat korang lak?

P/S: gelak sikit-sikit dah la ye =P

8 comments:

Liyana Zahim said...

Makanya percipankan org len.. Jum kt dok lam utan jom!

Emma Nyiu said...

Best jugek ayat tu..

Adeq Aien said...

kena sentiasa kuat :D

Diari Si Froggie said...

persetankan semua itu..
selagi kita tak buat sebarang masalah yg melampaui batas..
setuju dgn entry shafmechy nie..

tak gelak la..serius je membaca nye nie..haha

NUR AIN MD NOH said...

ulasan ak: ko bleh jadi cikgu bahase melayu..haha

biase lah, dlm hidup nie mcm2 dugaan yg kte terima..terpulang kpd tiap2 individu cmne nk tanganinya..

jdi kne kuat semangat ^_^"

Anonymous said...

semoga blogger2 y bace entri ni tidak patah semngt.. amin ~ ^_^

redo amin said...

gambar cm poem 'the road was not taken' je...hahaha

shafmechy said...

all: byk orang yg boleh abaikan tp kesian mereka yg tak kuat semangat, harap2 mereka terbaca entry aku =)